Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekumpulan warga Iran telah berhimpun di hadapan kedutaan British yang terletak di pusat bandar Teheran untuk mengutuk tindakan duta besar UK menyertai prhimpunan haram yang menyebabkan penahanannya.
Para penunjuk perasaan yang majoritinya terdiri daripada pelajar universiti serta pelajar seminari keagamaan berkumpul pada hari Ahad bagi menuntut pengusiran Duta Besar Rob Macaire.
Macaire ditahan buat masa yang singkat pada hari Sabtu di hadapan Universiti Amir Kabir, Tehran pada hari Sabtu ketika beliau sibuk mengkoordinasi dan menghasut orang ramai berkaitan isu nahas pesawat Ukraine pada awal minggu ini.
Boeing 737-800 ditembak jatuh secara tidak sengaja pada 8 Januari ketika menuju ke Kiev. Insiden itu berlaku beberapa jam selepas Iran melancarkan peluru berpandu ke atas dua pangkalan tentera A.S di negara jiran, Iraq.
Pelajar turut membawa sepanduk yang mengutuk tingkah laku kedutaan besar Inggeris itu.
Mereka turut melaungkan slogan berbunyi, "Maut buat UK", "Pengintip British!" dan "Tutup segera sarang perisikan," dalam rangka meluahkan bantahan terhadap dasar menghasut Britain dan duta besarnya.
Iran menembak jatuh pesawat awam itu ketika sistem pertahanan udara negara itu diletakkan pada tahap kesiagaan maksimum selepas melancarkan peluru berpandu ke atas dua pangkalan tentera A.S.
Menurut mereka, serangan ke atas pangkalan itu merupakan respon terhadap pembunuhan Ketua Pasukan Quds Iran, Qassem Soleimani yang melawat Iraq di atas undangan kerajaan Baghdad oleh tentera A.S.
Serangan itu juga meragut nyawa Naib Ketua Gerakan Mobilisasi Popular Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis dan sejumlah pengiring mereka.
Rentetan daripada serangan balas itu, Iran mendapati aktiviti tentera A.S di kawasan serantau meingkat secara mendadak sekaligus memaksa mereka untuk meletakkan sistem pertahanan udara mereka di tahap tertinggi. Di dalam keadaan yang genting itu, kesilapan manusia akhirnya menyebabkan pesawat malang tersebut ditembak oleh sistem pertahanan udara IRGC seperti yang dilaporkan selepas siasatan awal. -Press TV
12 Januari 2020 - 19:56
News ID: 1001776
Sekumpulan warga Iran telah berhimpun di hadapan kedutaan British yang terletak di pusat bandar Teheran untuk mengutuk tindakan duta besar UK menyertai prhimpunan haram yang menyebabkan penahanannya.